0

Majlis Perkahwinan Impian

Posted by Nur Izz Qatrunnada on 5:47 PTG
Assalamualaikum… Wowowo..da lame deactivate fb yg punyai ramai fren, sekali bukak bertubi2 berita tentang majlis walimah kengkawan sekolah,poli,plkn. Tapi sayang,,xdapat nak pergi ke majlis dorang sebab tak cuti time tu.. rasenye bole dikire dengan jari bape kali je pergi ke majlis kengkawan..1,2..barangkali. Bila cakap pasal kawen ni, mesti setiap orang ade majlis perkahwinan impian masing2 kan. Yang grand2..tema In The Garden, ala2 Princess, Arabic, English Style atau pape jelah. Macam best je kan. Tapi untuk Nur sendiri, tak terfikir pape pun..yang dalam fikiran Nur cukup dengan akad nikah dan kenduri kesyukuran..rasenye itu je moment yang sweet dan mendebarkan (macam pernah je)..haha. Entahlah,,setiap orang ade pendapat masing2.. bile utarakan perkare ni kat mak dan bincang, mak kate macam tak meriah pulak sebab dah biase buat majlis besar,baju boria 1 family. Seorang ibu mesti nakkan yang terbaik..erm..erm..pening sikitla mendengarnye sebab hidup di perantauan ni, dengan cuti untuk 2 sem untuk final year ni yang terhad, time yg fit dan macam2 persediaan nak kene buat..duit? erm…erm.. hehe.. Berbalik semula kepada matlamat sesebuah perkahwinan..mungkin sy perlu mengoreksi diri dan beristikharah.. Matlamat Perkahwinan Dalam Islam 1. Mendapat kemulian dr Islam dgn perkahwinan. Diantara perkara yg menunujukkan Islam memuliakan manusia dgn perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah.Rasulullah s.a.w bersabda: (في بضع أحدكم أجر) Maksudnya: Hubungan kelamin yg dilakukan oleh sesorang kamu mendapat pahala. Para sahabat bertanya: "Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala? Lalu Nabi menjawab:. (نعم، أرأيتها لو وضعها في حرام أكان عليه وزر؟ كذلك لو وضعها في الحلال كان له أجر) Maksudnya: Ya, Ape kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pd yg haram(tentunya mendapat dosa)? Demikian juga sebaliknya apabila seseorng tu melepaskan pd yg halal, dia akn mendapat pahala.(HR Muslim) Begitu juga Allah membantu kepada mereka yg ingin berkahwin. Nabi bersabda: (ثلاثة حق على الله عونهم: -منها-الناكح الذي يريد العفاف) Maksudnya: Tiga Golongan yg Allah pasti tolong mereka: -slh satunya- org yg bernikah kerana nak menjaga dr maksiat. (HR Tirmizi) 2.Mencari ketenangan dan kebahagian dlm perkahwinan. Firman Allah s.w.t: ((ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة)) Maksudnya: Diantara tanda2 kekuasaannya menjadi pasanganmu dr kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati pdnya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri...(Al-Rom: 21) Nabi bersabda: ((أربع من السعادة: -منها-المرأة الصالحة)) Maksudnya: Empat dr kebahagian: -diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban 3. Perkahwinan menyempurnakan Iman. Nabi bersabda: ((من تزوج فقد استكمل نصف الإيمان، فليتق الله في النصف الباقي)) Maksudnya: Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah) 4. Meletakkan syahwat ditempat yg halal. Nabi bersabda: ((إذا رأى أحدكم امرأة حسنة وأعجبته، فليأت أهله)) Maksudnya: Apabila seseorng kamu melihat wanita yg cantik dn tertarik dgn wanita tersebut mk hendaklah dia setubuhi isterinya.(HR MUslim) Ibnu Masud berkata berkata ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku..sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dlm keadaan aku bujang. 5. Membina generasi yg gemilang. (تناكحوا تكثروا، فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة) Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin,dgn itu dpt memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dgn umat yg banyak pd hari kiamat..


|

Copyright © 2009 Nur Yang Termasyhur All rights reserved. Theme by Laptop Geek . | Bloggerized by FalconHive .