0

Disc Bulge

Posted by Nur Izz Qatrunnada on 11:32 PTG
Assalamualaikum.. Pengalaman pahit bilamana dihantar menaiki ambulans untuk kali ke 3 disebabkan sakit di spine dan kaki kebas, sukar untuk berjalan. Fobia sudah dengan ambulans..huhu..didiagnoskan Disc Bulge sejak Tahun 2010 selepas kemalangan. Disc bulge ni adalah kebengkakan pada tulang rawan(disc) pada tulang belakang dan bengkak tu telah menekan pada spinal cord (saraf tunjang) sebelah kanan so menyebabkan anggota kanan hilang deria..kebas..dan sekarang kaki dan tangan kanan sebenarnye kurang sensitif pada benda panas berbanding belah kiri..
Keadaannya adalah seperti ini..hurm..banyak bende yang dilarang oleh doktor sebenarnye, tapi nak buat jugak sebab dulu aktif bersukan..keadaan ni takde ubat, cume bile sakit kene makan ubat dan rest..rawatan adalah secara surgery tapi tu pun 50-50. Bila kene tahan kat Emergency Ward, doktor selalu cakap nak masukkan dalam wad. Doktor tanye "awak betul ke ok ni?" Saya akan bangun dan cube berjalan di depan doktor. Harini refuse to x-ray, refuse to admit ward..sebab rase macam orang cacat je bila nurse tak bagi banyak bergerak, makan perlu disuap..nak ambil wudhuk pun perlu dibantu dan solat secara baring. Alasan bagi kat doktor, "Sy taknak x-ray, sebab asek kene x-ray je, MRI lagi..abes mati sel-sel normal sy..family sy ade history cancer..sy taknaklah doktor. I'm strong enough, sebelum ni sy pernah sakit lagi teruk dari ni..in shaa Allah sy ok. dan sy tau even surgery pun sakit ni xkan hilang..sy tau ade banyak benda sy tak bole buat sebab sakit ni tapi sy akan buat juga sebab sy tau sy bole dan sy nak nikmati hidup sihat sy. Sedangkan orang yang end stage cancer pun bole sembuh dengan izin Allah. Without Allah I am Nothing doktor. Lagipun sy xnak rosakkan buah pinggang sy dengan makan painkiller yang high dose" Doktor speechless dan cakap akan bagi ubat jugak in case tak boleh nak endure sakit tu. Be positif, i'm possible in shaa Allah :)

|

0 Comments

Catat Ulasan

Copyright © 2009 Nur Yang Termasyhur All rights reserved. Theme by Laptop Geek . | Bloggerized by FalconHive .